Selasa, 24 Februari 2009

penerangan

Kemahiran ICT adalah merupakan satu kemestian,tidak kira kepada golongan muda ,malah kepada golongan dewasa juga patut mempunyai kemahiran ini.
Pihak kerajaan malaysia juga kini telah mula beralih kepada sistem kerajaan tanpa kertas atau "paperless government " selari dengan rancangan malaysia ke-9 dan peredaran masa ketika ini.
Walau bagaimanapun,kos peralatan ICT yang agak tinggi menyukarkan segelintir rakyat malaysia,terutamanya penduduk -penduduk kawasan luar bandar untuk memperolehi kemahiran ini.
Oleh yang demikian,banyak pusat perkhidmatan ilmu komuniti telah disediakan oleh kerajaan untuk penduduk-penduduk luar bandarbagi merapatkan jurang IT yang amat besar diantara penduduk luar bandar dan penduduk bandar.
Dengan adanya Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ini,masyarakat luar bandar dapat menikmati infrastruktur IT yang sama dengan masyarakat di bandar.
Kg kurnia atau kebon teh amat bertuah kerana Kg ini adalah merupakan salah satu kawasan luar bandar yang di pilih untuk menikmati kemudahan infrastruktur IT ini.
Dengan adanya Pusat Perkhidmatn Ilmu Komuniti atau lebih dikenali sebagai PPIK ini,seluruh masyarakat di Kg kurnia kini mendapat peluang untuk mempelajari dan mengasah kemahiran ICT masing-masing.
Objektif PPIK adalah untuk menyediakan infrastruktur ICT yang selesa bagi memberi latihan dan kemahiran ICT melalui program kesedaran,penglibatan,penggunaan dan memperkasa komuniti yang terbabit,Dengan ini secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan kualiti taraf hidup di samping meningkatkan kualiti modal insan selaras dengan Rancangan Malaysia ke -9